Search
Close this search box.
1,612,974 Individu Lengkapkan Dua Dos Vaksin COVID-19 Setakat Semalam

Jumlah Individu Lengkap Dua Dos Vaksin Cecah 1.8 Juta

ByConnie Grace

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,805,367 individu telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba hari ini.

Menerusi hantaran di Twitter rasminya, beliau memaklumkan 4,749,133 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin setakat semalam 6,554,500 dos.

Lima negeri yang mencatatkan penerimaan kedua-dua dos tertinggi ialah Selangor dengan 237,662 diikuti Johor (192,501), Sarawak (189,280), Perak (165,932) dan Kuala Lumpur (157,393), menurut hantaran itu.

Mengenai vaksinasi harian bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Dr Adham berkata sebanyak 252,773 dos diberikan semalam berbanding 250,529 dos hari sebelumnya.

Katanya, daripada jumlah itu, 174,448 adalah penerima dos pertama manakala 78,325 lagi dos kedua.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan