Search
Close this search box.

Samun Kedai Kek Lapis Guna Pistol Mainan

ByNur Suhaida Muliyono

KOTA SAMARAHAN, JUN 24: Bersenjatakan pistol mainan, seorang lelaki telah menyamun sebuah kedai kek lapis di Medan Universiti, Kota Samarahan baru-baru ini.

Walaupun hanya bersenjatakan pistol mainan, lelaki itu berjaya melarikan sejumlah wang dari kedai kek lapis itu.

Dalam kejadian 4.41 petang pada 20 Jun itu, lelaki itu dikatakan mengacukan “senjata” tersebut ke arah juruwang dan membawa lari wang dalam kejadian samun kedai kek lapis itu.

Lelaki yang berusia 24 tahun itu bagaimanapun telah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Samarahan di sebuah motel di pusat bandaraya sekitar jam 5:20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Sudirman Kram berkata suspek yang berasal dari Sibu itu mengaku telah melakukan kegiatan samun seorang diri di tempat yang dinyatakan, menggunakan pistol mainan yang dibelinya sehari sebelum kejadian di sebuah kedai runcit di bandar Kuching.

“Selain itu, suspek turut mengaku bahawa semasa kejadian, dia berada di bawah pengaruh dadah.

“Turut dirampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan ketika menyamun, satu unit helmet, sepasang kasut, sepasang seluar jeans dan sepasang baju kolar bulat lengan panjang,” kata Sudirman.

Hasil semakan mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 457 dan Seksyen 379 Kanun Keseksaan selain merupakan tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 yang tamat tempoh tahanan di kawasan Bintawa, Kuching pada 17 April lepas.

Suspek direman enam hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan