Search
Close this search box.
BUNGA RAFFLESIA

Disangka Kulat Gergasi, Rupa-rupanya..

ByConnie Grace

KUCHING: Sangkaan seorang petani kononnya beliau telah berjaya menemukan sejenis
“kulat gergasi” dalam hutan di sini ternyata meleset.

Ketika kejadian, Kujan Lusat, 65, yang sedang mencari rotan di dalam hutan berhampiran rumahnya di
Kampung Uma Badeng Sg Koyan, Belaga terkejut besar dengan penemuan kulat gergasi itu.

Namun kejutannya itu hanyalah sementara apabila diberitahu oleh anaknya bahawa kulat itu sebenarnya ialah bunga Rafflesia!

“Saya sedang dalam perjalanan masuk ke hutan untuk mencari rotan, mula-mula saya ingat kulat.

“Pada hari kedua apabila sekali lagi saya masuk ke dalam hutan, saya terkejut melihat kulat itu mengembang dan ‘kuntuman’ yang satu tu masih belum terbuka,” katanya ketika di hubungi wartawan TVS.

Bapa kepada empat orang anak itu menambah, beliau sangat teruja setelah diberitahu oleh anak-anaknya bahawa kulat unik yang dijumpainya itu adalah bunga Raffelesia.

“Bagi saya, pencarian rotan kali ini sangat berbaloi kerana bukan sahaja saya dapat mengutip rotan tetapi juga terlihat bunga Rafflesia setelah sejam berjalan kaki di dalam hutan.

“Berpuluh-puluh tahun saya bekerja mencari rotan di hutan, inilah pertama kali saya terjumpa bunga Rafflesia jadi terbukti memang bunga ini sangat istimewa.

“Saya harap, mana-mana orang kampung yang lalu di kawasan ini tidak merosakkan bunga ini dan sama-sama menjaganya,” kata Kujan.

Di negara ini, selain di Sabah dan Sarawak, ia ditemui di hutan hujan tropika di beberapa lokasi antaranya, Hulu Perak (Perak), Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan serta Raub, Pahang.

Di Sarawak, kebanyakan spesis yang dijumpai adalah daripada spesis Rafflesia tuan-mudae. Tapi kenapa bunyinya seperti bahasa Melayu, tuan muda? Untuk pengetahuan anda, tuan muda merupakan gelaran untuk Rajah Sarawak Kedua iaitu Charles Brooke. Jadi, nama Rafflesia tuan-mudae ini adalah bersempena dengan gelaran tersebut.

Rafflesia tuan-mudae ini juga merupakan spesis endemik di Barat Sarawak (Lundu) sehinggalah ke bahagian Tengah Sarawak iaitu di kawasan Belaga. Endemik bermaksud spesis unik yang hanya terdapat di sesebuah kawasan.

Taman Negara Gunung Gading di Lundu, Kuching merupakan destinasi tumpuan untuk melihat spesis ini berbunga. Bunga Rafflesia tuan-mudae ini mempunyai lima atau enam kelopak, berwarna oren cerah dengan corak bintik-bintik yang timbul pada kelopaknya.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan