Search
Close this search box.

Sistem Penggiliran Digunapakai Di PPV Balai Polis Kabong Mulai Isnin Ini

BySteward Dawi

Kabong, 27 Jun – Bermula Isnin (28 Jun 2021) senarai penerima vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Balai Polis Kabong akan menggunakan senarai pendaftaran secara manual yang dibuat oleh penerima melalui setiap Ketua Masyarakat atau Ketua Kaum (KMKK) Daerah Kabong bermula jam 8 pagi sehingga 4 Petang.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir, pihak PPV Balai Polis Kabong akan terus menghubungi semua KMKK di Daerah Kabong bagi memaklumkan penduduk seliaan mereka untuk hadir ke PPV Balai Polis Kabong seterusnya menerima suntikan vaksin mereka mengikut kuota yang akan ditetapkan bagi setiap kampung/rumah panjang.

“Sejak PPV ini beroperasi pada 14 Jun yang lepas, banyak penerima yang datang dari luar daerah Kabong dan pada awal nya PPV Balai Polis Kabong hanya untuk penduduk di Kabong dan kawasan yang berdekatan. Hal ini menyebabkan ada penduduk Kabong merungut kerana orang luar diberi keutamaan.

“Jadi, kita telah berbincang dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dan bersetuju supaya senarai penerima yang dikeluarkan di aplikasi Mysejahtera tidak digunakan, dan menggunakan senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Daerah menerusi KMKK,” jelasnya ketika dihubungi wartawan TVS pada Ahad.

Tambah beliau, sistem penggiliran ini digunapakai bagi memudahkan penduduk sekitar Daerah Kabong hadir ke PPV Balai Polis Kabong dan tidak akan menyukarkan penduduk untuk mengambil suntikan vaksin mereka ke daerah lain dan akan akan dilaksanakan secara berperingkat.

“Keutamaan diberikan kepada penerima warga emas atau mereka yang berisiko tinggi sehingga keseluruhan penerima berdaftar dalam setiap kampung dan rumah panjang menerima suntikan vaksin mereka.” tambahnya.

Selain itu, beliau memaklumkan bahawa sistem ini juga adalah menyahut seruan Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak agar penduduk kampung dan penghuni rumah panjang sekitar diutamakan terlebih dahulu untuk menerima suntikan vaksin ini.

Dalam pada itu, Penduduk Kabong dinasihatkan untuk berhubung terus dengan setiap Ketua Kampung dan Tuai Rumah berkenaan suntikan vaksin ini.

“Kita berharap agar sistem yang di guna pakai mulai Isnin ini mampu memberi nafas lega kepada semua penduduk sekitar mengambil kira sejak kebelakangan ini, senarai penerima vaksin di PPV Balai Polis Kabong juga terdiri daripada penerima dari daerah lain,” kata beliau lagi.

Tags: #ib

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan