Search
Close this search box.

Amuk, Kemudian Ditahan

ByKhairil Zharif Affindie

BINTULU: Seorang lelaki tempatan berumur 37 tahun telah ditahan kerana merosakkan harta benda di sebuah Pasaraya Econsave, Jalan Lapangan Terbang Lama, Bintulu.

Suspek ditahan reman sehingga 5 julai bagi membantu menjalankan siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Bintulu Suprintendent Zulkipli Suhaili berkata suspek melarikan diri ketika cuba ditangkap oleh pihak polis.

Suprintendent Zulkipli Suhaili

“Kita lihat suspek cuba melarikan diri dalam usaha tersebut pihak Polis bersama pihak keselamatan pasaraya telah menjalankan tangkapan dan beliau berlari sambil memecahkan beberapa barangan dalam permis tersebut. Sehingga tangkapan berjaya dilakukan.”

Hasil pemeriksaan oleh pihak polis mendapati siling pasaraya telah pecah, penyaman udara dan beberapa barang jualan di dalam pasaraya turut rosak akibat dipukul oleh saspek.

Dalam pada itu Zulkipli berkata setakat ini tiada lagi maklumat mengatakan suspek dibuang kerja.

“Setakat ini kita tidak mendapat apa-apa juga maklumat berkenaan perkara ini, kalau kita tengok balik suspek masuk melalui pintu belakang cermin lepastu masuk ke dalam premis tersebut kita dapati mungkin beliau tidak dapat keluar disebabkan permis itu tinggi dan menyebabkan suspek ini sukar untuk keluar, sama ada depression ataupun tidak itu masih dalam siasatan kita lagi. Setakat ini tiada lagi maklumat mengatakan beliau dibuang kerja dan sebagainya .”

Pemeriksaan air kencing suspek didapati negatif dan kes disiasat di bawah seksyen 457 pecah masuk dan khianat.

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan