Search
Close this search box.
BEKAS PEMAIN BASS KUMPULAN SPIDER, TONY ISKANDAR MENINGGAL DUNIA

Bekas pemain bass kumpulan Spider, Tony Iskandar meninggal dunia

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Bekas pemain bass kumpulan pop rock tempatan Spider, Tony Iskandar meninggal dunia awal pagi ini.

Berita pemergian Tony dikongsi oleh rakannya yang juga pemain gitar kumpulan Exists, Azhrul Nasir atau Along di laman Facebooknya kira-kira 3 pagi.

Difahamkan Tony meninggal dunia di Studio Rakaman Luncai Emas Sdn Bhd yang dimiliki oleh penyanyi dan komposer terkenal Datuk M.Nasir di Sungai Buloh.

“Inna Lillah Wa inna Ilayhi raji’un. Al fatihah buat Tony Iskandar telah meninggal dunia. Saya sedang melawat jenazah di Luncai Emas dan menunggu pihak hospital tiba, semoga semuanya dipermudahkan urusan,” katanya.

Spider adalah antara kumpulan rock popular dalam negara yang mendapat didikan M.Nasir turut dianggotai oleh Tam (vokalis), Nafie (pemain gitar), Aie (pemain gitar) dan Tony selaku pemain bass sebelum allahyarham meninggalkan kumpulan berkenaan pada 2012 atas masalah kesihatan.

— BERNAMA

Tags: #bm

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan