Search
Close this search box.

Angka kematian kondominium runtuh meningkat kepada 18

ByTVS
Keadaan kompleks kondominium yang runtuh di Surfside, Florida

WASHINGTON: Angka kematian akibat sebahagian kompleks kondominium di Surfside, Florida yang runtuh meningkat kepada 18 orang selepas mayat dua kanak-kanak ditemui, kata pihak berkuasa tempatan semalam, lapor Xinhua.

“Saya sedih untuk memberitahu anda bahawa kami menjumpai dua mayat tambahan di runtuhan, yang menjadikan jumlah keseluruhan kini 18 – 18 kematian,” kata Datuk Bandar Miami-Dade County, Daniella Levine Cava, pada sidang akhbar.

“Dengan kesedihan yang sangat sangat, saya harus berkongsi dengan anda bahawa dua daripadanya adalah anak-anak. Berusia empat dan 10 tahun,” kata Cava.

“Sebarang kehilangan nyawa, terutama memandangkan kejadian yang tidak dijangka dan belum pernah terjadi sebelumnya, ia adalah satu tragedi,” kata Datuk Bandar.

“Tetapi kehilangan anak-anak kita terlalu besar untuk ditanggung.”

Institut Piawaian dan Teknologi Nasional (NIST), sebuah agensi keselamatan persekutuan yang tidak dikawal selia di dalam Jabatan Perdagangan, dijangka mengumumkan petang ini bahawa mereka akan melancarkan siasatan untuk menentukan penyebab teknikal keruntuhan kondominium Champlain Towers South.

Siasatan NIST juga berkemungkinan menawarkan cadangan perubahan kod bangunan, piawaian dan amalan atau tindakan lain yang sesuai untuk meningkatkan keselamatan struktur bangunan, supaya tragedi serupa diharapkan dapat dicegah di masa depan, lapor CNN, memetik seorang pegawai kanan pentadbiran.

Penyiasatan menyeluruh oleh NIST mungkin memerlukan masa bertahun-tahun untuk diselesaikan, kata laporan itu. – BERNAMA

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan