Search
Close this search box.

Mayat lelaki bogel ditemukan di dalam bilik hotel

SIBU, 11 0GOS: Penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan bogel di sebuah bilik hotel di sini sedang disiasat pihak polis.

Mayat dikatakan ditemukan tukang cuci hotel tersebut yang memasuki bilik tersebut menggunakan kunci pendua selepas ketukan pintu tidak berkali-kali dijawab dan mengesyaki ada yang tidak kena.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit, pekerja yang terkejut itu kemudian memaklumkan perkara tersebut kepada pihak pengurusan hotelyang kemudiannya menghubungi pihak polis.

“Pihak polis menerima panggilan daripada penjaga kaunter hotel pada jam 8.50 pagi itu memaklumkan ada  seorang lelaki yang menginap di bilik 105 didapati tidak sedarkan diri.

“Temubual pihak polis dengan  saksi yang merupakan tukang cuci memberitahu dia telah menggunakan kunci pendua hotel untuk membuka pintu bilik tersebut selepas si mati tidak menjawab dan membuka pintu apabila dipanggil.

“Setelah pintu bilik dibuka, saksi mendapati si mati dalam keadaan tanpa berpakaian dan terbaring di atas katil,” jelasnya.

Jelasnya lagi, pekerja hotel tersebut memberitahu polis kali terkahir  lelaki itu dilihat adalah ketika mendaftar masuk bilik pada 7 ogos namun memutuskan untuk melanjutkan tempoh sewa bilik sehingga 10 ogos.

Menurut beliau,si mati yang masih bujang berasal dari Rumah Tunggang, Jalan Kemuyang, Pasai Bon, Sibu dan keluarga si mati telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.

Stanley berkata siasatan awal pihak polis di tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dikaitkan dengan kes tersebut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

”Pihak ambulans telah mengesahkan kematian lelaki itu  di tempat kejadian pada jam 9.37.

”Mayat telah dibawa ke hospital sibu untuk tbedah siasat untuk mengetahui punca sebenar kematian,” tambah Stanley.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan