Search
Close this search box.
KELUARGA REMAJA MATI DITEMBAK POLIS DI GLENMARIE PADA 2010 DAPAT GANTI RUGI RM1.5 JUTA

Kes pemerdagangan manusia: Dua individu dihadapkan ke mahkamah esok

SEREMBAN, 23 Ogos — Dua individu, seorang lelaki dan wanita yang dipercayai terbabit dalam kes pemerdagangan manusia bagi tujuan eksploitasi seks baru-baru ini akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah, dekat sini, esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Supt Amran Mohd Ghani berkata mereka dijangka akan didakwa pada jam 9 pagi mengikut Seksyen 372 (1) (f) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Menurutnya, seorang selebriti yang sebelum ini ditahan susulan dipercayai terbabit dalam kes berkenaan hanya dipanggil untuk membantu siasatan dan tidak didakwa.

“Penahanan selebriti itu hanya membantu siasatan dan akan menjadi saksi kes sahaja,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan beberapa individu ditahan termasuk seorang selebriti lelaki berumur 40-an pada 1 Ogos lepas bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia dipercayai bagi tujuan eksploitasi seks.

Susulan penahanan itu, polis turut menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau di sebuah bilik hotel di Kuala Pilah dekat sini dan mendapat perintah perlindungan sementara untuk menempatkan mangsa di sebuah rumah perlindungan di Johor.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan