Search
Close this search box.

Pemandu Proton Preve rempuh enam motosikal serah diri

LUMUT, 23 Ogos — Pemandu kereta Proton Preve yang melarikan diri selepas merempuh enam motosikal di kilometer (KM) 4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan Sabtu lepas, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, hari ini.

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Nor Omar Sappi berkata lelaki berumur 38 tahun itu menyerah diri kira-kira pukul 2.50 petang.

“Pemandu telah serah diri ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Manjung hari ini.

“Permohonan reman akan dibuat esok. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya ketika dihubungi di sini.

Nor Omar berkata suspek turut ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 selepas ujian air kencing ke atas suspek didapati positif dadah jenis Methamphetamine.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, suspek yang memandu bersama dua lagi rakannya dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh enam motosikal.

Kemalangan itu turut menyebabkan tiga lelaki maut di tempat kejadian manakala empat penunggang motosikal dan dua penumpang kereta Proton Preve itu cedera parah dan dirawat di Hospital Seri Manjung.

— BERNAMA

Ikuti TVS di TelegramFacebook, TwitterInstagramTikTok dan YouTube.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan