Search
Close this search box.

Contoh setem pos pertama di dunia, Penny Black bakal dilelong RM35 juta

UNITED KINGDOM, 27 Okt: Contoh setem pos dipercayai yang pertama di dunia, Penny Black bakal dilelong dengan anggaran harga yang boleh mencecah sehingga RM35.4 juta.

Setem jenis pelekat yang memaparkan profil Ratu Victoria itu dilampirkan pada dokumen bertarikh 10 April 1840 diterima daripada bekas arkib perkhidmatan pos British, Robert Wallace yang juga seorang ahli politik Scotland.

Sebuah agen lelong mendakwa, Penny Black mula digunakan pada 6 Mei 1840 dan akan ‘ditawarkan” kepada pembida sempena jualan Treasures pada 7 Disember depan.

“Ini merupakan pelopor kepada semua setem masa kini dan sangat jelas ia merupakan sekeping setem yang memiliki nilai sejarah di dunia ini,” kata Henry House, Ketua Jualan Sotheby .

Pemilik Penny Black, Alan Holyoake

Menurut House, walaupun terdapat banyak setem yang sangat penting dalam koleksi awam dan persendirian di seluruh dunia, Penny Black merupakan setem yang memulakan sistem pengeposan.

Setem itu adalah salah satu daripada tiga Penny Blacks yang masih wujud dengan dua lagi tersimpan di Muzium Pos British.

“Fakta bahawa Wallace menandatangani dan mengeluarkan notanya dengan memberikan satu kenyataan yang diyakini bahawa ini adalah contoh pertama setem pos, yang sudah tentu digunakan oleh setiap negara sekarang,” kata pemilik, Alan Holyoake, seorang ahli perniagaan dan filateli kepada Reuters.

Holyoake memiliki dokumen Wallace kira-kira 10 tahun yang lalu. Beliau menjalankan projek penyelidikan selama tiga tahun untuk menentukan keasliannya dan setem itu mempunyai sijil yang sah daripada The Royal Philatelic Society dan The British Philatelic Association.

-REUTERS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan