Search
Close this search box.

Remaja “terjun” sungai ditemukan lemas

SARIKEI, 13 Nov: Mayat seorang remaja yang dipercayai terjun ke dalam sungai selepas mengadu kepanasan ditemui berhampiran Rumah Bekarkong Tanjung Manis awal pagi tadi.

Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Tanjung Manis, Wan Umar Wan Alek, mayat ditemukan dalam tempoh setengah jam setelah operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada jam 8.30 pagi tadi.

“Mayat mangsa ditemukan oleh orang awam yang turut menyertai operasi carilamat pada jarak 2KM dari lokasi terakhir mangsa dilihat oleh dua orang rakannya.

“Mangsa telah dikenalpasti sebagai Alex Rody Roy Ak Ali, 17 tahun dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” kata Wan Umar.

Beliau memaklumkan dalam kejadian malam semalam, mangsa yang mengadu kepanasan pada jam 10.05 malam telah menanggalkan baju dan terus terjun ke dalam sungai.

“Kejadian disaksikan oleh dua rakan mangsa yang terus terjun ke dalam sungai untuk mencari mangsa setelah mangsa tidak timbul-timbul walaupun tiga minit telah berlalu.

“Selepas gagal menemui mangsa, mereka terus memaklumkan kejadian tersebut kepada penduduk rumah panjang di kampung berkenaan untuk medapatkan bantuan,” katanya melalui satu perkongsian aplikasi WhatsApp.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan