Search
Close this search box.

Sarawak lokasi latihan ATM dan TNI dalam Eksesais KEKAR MALINDO 2021

ByNur Suhaida Muliyono

SRI AMAN, 23 Nov : Selepas hampir dua tahun ‘tertangguh’ ekoran pandemik COVID-19, Eksesais Keris Kartika Malaysia dan Indonesia (KEKAR MALINDO) siri 44AB/2021 dilancarkan pada hari ini.

Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Mohd. Kamil Abdul Latiff berkata, tujuan eksesais berkenaan adalah untuk menguji fungsi pemerintah dan pegawai staf di peringkat batalion infantri dan pasukan bantuan dalam operasi bersama.

Katanya, KEKAR MALINDO kali ini menekankan operasi darat gabungan membabitkan pasukan tentera kedua – dua negara dalam fasa peperangan konvensional.

” Berdasarkan komitmen dan konsistensi yang dipamerkan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tenaga Nasional Indonesia -Angkatan Darat (TNI)-AD) dalam eksesais terdahulu, saya percaya kita akan berjaya mencapai objektif ditetapkan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Panglima 3 Briged, Brigedier Jeneral Mohd. Kamil Abdul Latiff 

Eksesais yang diadakan setiap tahun ini melibatkan dua fasa iaitu Eksesais Pos Pemerintah (Command Post Exercise) dan Eksesais Trup Medan (Field Training Exercise) yang melibatkan 17 pegawai dan 344 anggota pasukan Batalion ke 13 Rejimen Askar Melayu Diraja (13 RAMD) mewakili TDM.

Pasukan pertahanan negara jiran itu pula menghantar pasukan YONIF Raider 641 Beruang yang terdiri daripada 10 pegawai bersama 122 anggota lain-lain pangkat.

Latihan berlangsung selama 12 hari di sekitar kawasan Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu dan Semanju.

Mengulas lanjut, Mohd. Kamil berkata, KEKAR MALINDO juga merupakan satu langkah untuk memperkukuhkan lagi tahap kesiapsiagaan angkatan tentera masing-masing dalam menghadapi sebarang ancaman.

“Secara tidak langsung, kita dapat melakukan penambahbaikan dan transformasi untuk mengatur gerak operasi,” katanya.

Bagi Kepala Staf Komando Daerah Militer, Brigedier Jeneral Djauhari, meskipun pasukan tentera Malaysia dan Indonesia mempunyai taktik berbeza, namun ikatan persaudaraan tetap utuh lebih – lebih lagi dalam menlaksanakan tugas.

“Latihan ini sudah dijalankan selama 44 tahun. Apa yang disampaikan oleh Panglima 3 Briged adalah kita (TDM dan TNI-AD) dalam rangka untuk memelihara hubungan serumpun,” katanya. -TVS

Tags: ATM, Tni

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan