Search
Close this search box.

PRN Ke -12 Sarawak, Ali Biju tarik diri sebagai calon DUN Krian

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 9 Dis : Kejutan tercetus pada hari keempat kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-12 Sarawak apabila penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, Datuk Ali Biju menarik diri sebagai calon.

Menerusi kenyataan media sebentar tadi, Ali Biju yang juga Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak berkata, beliau insaf keputusan bertanding sebagai calon bebas telah menjejaskan hubungan partinya dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ujar Ali yang juga Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, beliau telah mendapat nasihat dari Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai persefahaman kerangka besar politik nasional yang telah dipersetujui dalam Perikatan Nasional (PN) dengan Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

” Justeru, saya dengan rendah hati dan niat yang ikhlas menarik diri sebagai calon DUN Krian dan akan memberi sokongan penuh kepada calon GPS, Friday Belik,” katanya.

Pada masa sama, Ali yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan sejak dua penggal lalu berkata, beliau turut menyeru seluruh pengundi di DUN Krian, KaIaka dan Kabong yang kesemuanya berada di bawah Parlimen Saratok untuk turut memberi sokongan padu kepada calon – calon GPS.

Sementara itu, menjelaskan keputusannya tampil pada hari penamaan calon Isnin lepas, Ali berkata, beliau berbuat demikian kerana sokongan padu yang diberikan selama ini telah memperkukuhkan tekadnya untuk berkhidmat demi kesejateraan rakyat dan pembangunan ekonomi di Krian dan Saratok.

Isnin lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan Ali sebagai calon bebas bagi kerusi DUN berkenaan yang melibatkan pertandingan empat penjuru bersama Musa Dinggat dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) , Danny Kuan yang ditampilkan oleh Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Friday yang merupakan wakil GPS.

Pada PRN ke -11 lalu, Ali yang ketika itu bertanding atas tiket PKR menang kerusi berkenaan selepas meraih 5,388 undi sekaligus menewaskan Kilat Anak Beriak yang ditampilkan Barisan Nasional (BN) ketika itu yang menerima 3,748 undi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan