Search
Close this search box.

Pencuri licik tukar tabung masjid guna mangga sendiri, ditangkap

PASIR MAS, 23 Dis : Helah seorang lelaki yang menukar mangga tabung masjid terbongkar apabila dia ditangkap ketika membuka tabung masjid menggunakan kuncinya sendiri, di Masjid Kubang Bemban, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Mohd Nasaruddin M Nasir berkata suspek, 29, telah beberapa kali mencuri duit dalam tabung masjid tersebut dan modus operandinya adalah dengan cara menukarkan mangga tabung masjid.

Mohd Nasaruddin berkata berdasarkan laporan diterima, ahli jawatankuasa (AJK) masjid telah menunggu kedatangan suspek yang sebelum ini dilihat mencuri wang tabung melalui kamera litar tertutup (CCTV) beberapa hari lalu.

Katanya dalam kejadian itu, suspek datang ke masjid pada 2.30 petang menggunakan basikal elektrik melalui pintu pagar yang tidak berkunci dan terus memasuki masjid dan membuka mangga tabung masjid menggunakan kuncinya.

“Semasa kejadian petang semalam, seorang pekerja membaiki lantai masjid telah menyedari kejadian itu dan telah menelefon anggota RELA yang juga ahli jawatankuasa masjid tersebut sebelum bersama-sama menahan suspek di ruang solat wanita,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata ketika disoal siasat suspek mengaku telah mencuri duit tabung masjid sebelum ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 380 dan 511 Kanun Keseksaan,” katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan