Search
Close this search box.

Sesi persekolahan : Keselamatan anak – anak jadi keutamaan ibu bapa

ByIsma Haziq

KUCHING, 3 Jan : Di sebalik perasaan lega kerana sesi persekolahan di Sarawak akan dibuka pada 10 Januari ini, ibu – bapa di sekitar negeri ini tetap mengutamakan keselamatan anak – anak mereka.

Berdasarkan tinjauan TVS, majoriti ibu – bapa bersetuju dengan langkah Kerajaan Sarawak untuk memvaksin kanak – kanak di bawah usia 12 tahun bermula mula depan.

Seorang waris, Halimatul Saadiah berkata, dia tidak membantah keputusan itu demi kebaikan anak – anaknya yang akan ke sekolah.

” Saya percaya langkah (memvaksin) kanak – kanak akan mendatangkan kebaikan dalam mencegah penularan virus dan seterusnya menjadikan suasana pembelajaran untuk anak – anak kita lebih selamat,” katanya ketika ditemui TVS semalam.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Awam, Dato Sri D. Sim Kui Hian berkata, Sarawak akan memulakan proses vaksinasi menggunakan Pfizer-BioNTech sejajar dengan pembukaan sesi persekolahan.

Seorang lagi ibu – bapa yang ditemui, Muhammad Fazlie turut bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Katanya, perkara itu wajar dilaksanakan bagi mencegah penularan COVID-19 dan mengurangkan komplikasi teruk jika dijangkiti.

“Oleh itu, saya membenarkan anak saya divaksin memandangkan mereka akan kembali belajar secara bersemuka di sekolah,” katanya.

Bagi Anwaruddin Rifki pula, ibu – bapa perlu akur dengan keputusan kerajaan untuk memvaksin kanak – kanak di negeri ini untuk kebaikan mereka.

” Jika kerajaan sudah memutuskan sedemikan (memvaksin kanak – kanak), kita perlu akur,” katanya.

Ditanya mengenai persiapan persekolahan anak – anaknya pula, Anwaruddin berkata, untuk sesi kali ini, dia tidak membeli barangan kelengkapan persekolahan baharu disebabkan beberapa faktor.

” Ini kerana barangan yang dibeli pada tahun lepas masih dalam keadaan elok serta boleh digunakan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found