Search
Close this search box.

Projek Nest julang pelajar Universiti Taylor’s raih anugerah emas MPRA

ByNurul Amarlina

KUCHING, 15 Jan : Projek Nest iaitu inisiatif menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selesa kepada kanak – kanak di Perumahan Projek Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 yang dilaksanakan oleh pelajar Fakulti Media dan Komunikasi , Universiti Taylor’s melayakkan mereka memenangi anugerah emas pada Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) baru – baru ini.

Projek oleh pelajar tahun akhir kursus Perhubungan Awam itu dijalankan pada Disember 2019 selepas menyedari kanak – kanak yang tinggal di PPR berdepan cabaran untuk belajar dalam suasana kondusif berikutan masalah ruang yang terhad.

Pensyarah, Pusat Pengajian Media dan Komunikasi universiti berkenaan, G. Manickam Govindaraju berkata, projek tersebut juga memaparkan ruangan belajar yang cekap dengan perbelanjaan yang minimum namun mampu memberi kesan yang besar dalam kehidupan kanak-kanak.

” Selain itu, anugerah perak pula telah dimenangi oleh kempen “Youngriculture”. Kempen tersebut menggalakkan golongan belia untuk mencari peluang yang ada dalam bidang pertanian,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Di samping itu, pelajar universiti berkenaan turut meraih anugerah gangsa menerusi projek “KOLOK Fest” yang berusaha untuk meningkatkan kesedaran mengenai Sarawak di bawah rakan kongsi industri, bzBee Consult di Taylor’s University.

Mengulas lanjut, Manickam berkata, kemenangan yang diraih membuktikan bahawa pelajar universiti berkenaan mampu melakukan sesuatu yang luar biasa apabila bekerjasama dengan pelbagai rakan kongsi industri. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan