Search
Close this search box.
Kerusi Sri Aman milik GPS -Abdul Karim
Kerusi Sri Aman milik GPS -Abdul Karim

Maaf, kerusi Parlimen Sri Aman milik GPS – Abdul Karim

ByAhmad Burhanuddin

KOTA SAMARAHAN, 2 April : Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan meletakkan calonnya di kerusi Parlimen Sri Aman sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 diadakan dalam tempoh terdekat.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang merupakan salah satu daripada empat parti komponen GPS, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, GPS bukan sekadar mahu ‘merampas kembali’ kerusi berkenaan yang ‘dilarikan’ malah mahu meletakkan calon mereka di kesemua 31 kerusi Parlimen di Sarawak.

“Pada 2018, kita (GPS) menang 19 kerusi termasuklah Sri Aman namun Ahli Parlimennya, Dato Masir Kujat melompat ke Parti Sarawak Bersatu (PSB) ,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada TVS selepas menghadiri Program Jelajah Perpaduan Generasi Muda di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Abdul Razak di sini hari ini.

Abdul Karim berkata demikian ketika ditanya pendiriannya berhubung perkembangan di Sri Aman.

Pada PRU-14, Masir bertanding di kerusi berkenaan atas tiket Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang kini sebahagian daripada GPS namun beliau keluar partinya untuk menyertai PSB pada 2019.

Pada 30 Mac lepas, Masir mengumumkan beliau tidak lagi ‘bersama’ PSB namun sedia menjadi calon di situ sekali lagi sekiranya ada parti – parti tertentu yang mahu meletakkannya sebagai calon.

Mengulas lanjut, Abdul Karim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya berkata, beliau percaya Pengerusi GPS, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mempunyai senarai calon yang sesuai untuk diletakkan di situ.

” Bagi kita, setiap kerusi Parlimen di negeri ini penting kerana kita tidak mempunyai banyak kerusi namun saya percaya kepimpinan tertinggi GPS mempunyai strategi tersendiri,”katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan