Search
Close this search box.

Gangguan air di Sibu dijangka selesai bulan depan

ByYazid Ibrahim

SIBU, 7 April : Masalah gangguan bekalan air yang kerap berlaku di kawasan ini dijangka akan selesai menjelang Mei.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II, Michael Tiang Ming Tee berkata, ketika ini gangguan itu disebabkan oleh kerja pemasangan paip projek bekalan air Kanowit yang sedang giat dijalankan.

“Saya difahamkan terdapat paip air pecah disebabkan oleh projek berkenaan.

“Ini menyebabkan berlaku masalah gangguan air di beberapa kawasan di Sibu,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan lawatan ke Jabatan Air Sibu di sini semalam.

Pada masa sama, Micheal Ting berkata, penyelesaian jangka panjang diperlukan seiring dengan pembangunan pesat di bandar itu.

“Kerajaan negeri juga bekerjasama dengan Jabatan Air Sibu bagi menyelesaikan isu ini,”katanya.

Ujar beliau, antara perkara yang perlu dilakukan termasuk menaik taraf bekalan air di kawasan barat Sibu dengan memasang lebih banyak stesen penggalak dan tangki aras tinggi bagi memastikan kualiti bekalan air yang lebih baik. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan