Search
Close this search box.
Dua pingat emas pertama disumbangkan menerusi acara Muay Thai dan Badminton Beregu Campuran pada Sukan SEA Ke-31, Hanoi hari ini. 
Dua pingat emas Malaysia Sukan SEA hari ini diraih oleh atlet Muay Thai dan badminton. Foto: MOM

Sukan SEA: Muay Thai dan badminton pastikan Negaraku berkumandang di Vietnam

HANOI, 22 Mei : Malaysia menambah kutipan dua pingat emas menerusi acara Muay Thai dan badminton beregu campuran pada Sukan SEA Ke-31 hari ini. 

Pingat emas yang ke-38 disumbangkan oleh gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei yang menewaskan rakan senegara, Hoo Pang Ron-Cheah Yee See pada final di Gimnasium Bac Giang.

Sementara itu, Ahmad Nor Iman Aliff Rakib yang membuat penampilan sulung pada temasya ini turut tidak mengecewakan apabila menang pingat emas kategori 54 kilogram menewaskan atlet tuan rumah, Huynh Hoang Phi .

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) menerusi hantaran di Facebook mengucapkan tahniah kepada barisan wira negara yang bertarung untuk memastikan lagu Negaraku berkumandang di bumi Vietnam hari ini.

Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dan gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei raih pingat emas buat Malaysi. Foto: MOM
Ahmad Nor Iman Aliff Rakib dan gandingan Chen Tang Jie-Peck Yen Wei raih pingat emas buat Malaysi. Foto: MOM

Berbalik kemenangan pasangan Tang Jie dan Peck Yen Wei , ia sebenarnya turut menamatkan penantian negara selama 23 tahun untuk menang acara berkenaan.

Kali terakhir pasangan Malaysia menjuarai acara berkenaan ialah menerusi pgandingan Chew Choon Eng-Chor Hooi Yee ketika Sukan SEA ke-20 di Brunei pada 2019.

Gandingan ini menduduki kini menduduki ranking ke-29 dalam ranking Persekutuan Badminton Antarabangsa (BWF) membuat penampilan terakhir mereka pada pentas Sukan SEA.

Bagi Ahmad Nor Iman pula yang bakal berusia 18 tahun tahun ini, kejayaan emas itu mengulangi pencapaian muncul juara remaja dunia kategori sama tahun lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan