Search
Close this search box.
Pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dinobatkan sebagai pelumba wanita pertama Malaysia.

John Beasley akui kehebatan Izzah, puji kegigihan Alfizar

BySalasiah Safian

KUCHING, 21 Jun: Kejayaan pelumba bintang muda berbasikal trek wanita negara, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dinobatkan sebagai pelumba wanita pertama Malaysia memenangi pingat emas di Kejohanan Asia di New Delhi India mencetuskan rasa kagum pelbagai pihak.

Ketua Jurulatih berbasikal trek negara, John Beasley mengakui kehebatan dan bakat luarbiasa yang ada pada Izzah.

Memetik laporan Berita Harian, John Beasley turut memberi pujian kepada jurulatih Izzah iaitu Noor Alfizar Othman kerana telah menjalankan tugas melatih Izzah dengan baik walaupun berdepan cabaran ketiadaan kemudahan velodrom.

“Saya tidak boleh ambil pujian di atas kejayaan Izzah sebaliknya ia perlu diberikan kepada Fizat (Noor Alfizar) di Kedah. Dia sudah melaksanakan tugas yang menakjubkan dan kami gembira dia kini sebahagian daripada skuad negara,” katanya.

Nurul Izzah, 19, mencatat nama sebagai pelumba wanita Malaysia pertama memenangi emas di kejohanan itu apabila melakarkan catatan masa 35.499 saat (s) di Velodrom Kompleks Indira Gandhi, New Delhi.

Pencabar terdekat Kim Bomi dari Korea Selatan berada di kedudukan kedua dengan catatan masa 36.374s manakala wakil tuan rumah, Mayuri Dhanaraj di tempat ketiga dengan masa 36.481s, menurut laman rasmi kejohanan www.atcc2022.com. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan