Search
Close this search box.
Orang awam dinasihatkan supaya tidak mengalih sebarang objek mencurigakan berkaitan kejadian serpihan roket Long March 5B milik China yang memasuki ruang udara Sarawak awal pagi tadi. KUCHING, 31 Julai : Orang awam dinasihatkan supaya tidak mengalih sebarang objek mencurigakan berkaitan kejadian serpihan roket Long March 5B milik China yang memasuki ruang udara Sarawak awal pagi tadi. Foto: Media sosial

Agensi Angkasa Malaysia nasihat orang awam jangan alihkan serpihan roket

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 31 Julai : Orang awam dinasihatkan supaya tidak mengalih sebarang objek mencurigakan berkaitan kejadian serpihan roket Long March 5B milik China yang memasuki ruang udara Sarawak awal pagi tadi.

Agensi Angkasa Malaysia menerusi kenyataan media semalam memaklumkan, orang ramai juga diminta supaya tidak mengusik, merosakkan atau memusnahkan objek yang disyaki daripada kejadian itu.

“Sila hubungi talian kecemasan 999 atau Bahagian Penguasa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) di talian 03-88858742,”jelas agensi berkenaan.

Pagi tadi MOSTI mengesahkan kemasukan semula serpihan roket Long March 5B milik China ke ruang udara bumi.

Menurut kenyataan dikeluarkan kementerian itu di Putrajaya pagi tadi, serpihan itu dikesan pada pukul 12. 55 pagi tadi waktu Malaysia di beberapa kawasan sekitar ruang udara Sarawak.

Pengguna media sosial di negeri ini berkongsi rakaman kejadian itu yang pada mulanya disangkakan ‘kejadian meteor memasuki bumi’.

Antara kawasan yang dapat melihat kejadian itu dengan jelas termasuklah Bintulu, Mukah, Kuching dan Matang. -TV S

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan