Search
Close this search box.
Satu lagi serpihan logam yang disyaki sebahagian daripada komponen roket Long March 5B milik China ditemukan di aebuah kebun persendirian berhampiran Rh Ngadan, Sg Kurung, Suai dekat sini pada petang Isnin.

Satu lagi penemuan serpihan roket di Batu Niah

BATU NIAH, 8 Ogos: Satu lagi serpihan logam yang disyaki sebahagian daripada komponen roket Long March 5B milik China ditemukan di sebuah kebun persendirian berhampiran Rumah Ngadan, Sg Kurung, Suai dekat sini pada petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah, Pegawai Bomba Tinggi II, Rary Binjie, berkata serpihan roket berukuran satu kaki itu ditemui 100 meter dari rumah panjang tersebut sekitar jam 2.00 petang.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan itu pada kira-kira jam 2.19 petang.

“Sembilan anggota bomba telah bergegas ke tempat kejadian dan menemukan serpihan logam berwarna kelabu dipercayai bahagian roket China tersebut,” katanya.

Rary telah menasihatkan orang awam, terutamanya penduduk kampung berhampiran, agar tidak mendekati objek kelabu itu buat masa ini.

Pasukan operasi terbabit telah menggunakan pakaian operasi lengkap dan alat pernafasan di lokasi penemuan dan mengambil beberapa gambar objek tersebut untuk tindakan dan rujukan selanjutnya.

Pasukan operasi kemudian bertolak balik ke balai setelah memastikan keadaan sekeliling benar-benar selamat.

Pada 1 Ogos lalu, dua objek yang disyaki serpihan roket China itu turut ditemui di Sepupok, Baru Niah, dan di Kampung Hulu Nyalau, Samalaju, di Bintulu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan