Search
Close this search box.
Penyanyi sensasi dari Indonesia Afgan akan membuat persembahan pada Kuching Jazz Festival 2022, di Hotel Grand Margherita pada 28 dan 29 Okt ini. Foto: Kuching Jazz

Kuching Jazz Festival 2022 tampil Afgan

KUCHING, 30 Ogos : Penyanyi sensasi dari Indonesia Afgan akan membuat persembahan pada Kuching Jazz Festival 2022, di Hotel Grand Margherita pada 28 dan 29 Okt ini.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Dato Sri Abdul Rahman Hamzah berkata artis-artis dari negara jiran itu terbukti mampu menarik pengunjung ke tiga festival muzik sebelum ini, di sini.

“Afgan mempunyai peminat yang agak ramai di Malaysia dan juga di Sarawak dan namanya meraih permintaan peminat festival jaz sejak beberapa tahun.

“Selepas tiga festival dianjurkan dengan jayanya sejak 2017, kami akhirnya dapat memenuhi permintaan ini dan membawa Afgan ke Kuching,” katanya pada sidang media Kuching Jazz Festival 2022 di Tribes Jazz and Raggae Lounge di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata festival itu akan turut mengetengahkan artis dan kumpulan dari Singapura, Australia dan Thailand dan ramai lagi artis yang akan diumumkan tidak lama lagi.

“Tahun ini merupakan edisi keempat festival jaz ini dan kami tidak sabar untuk menganjurkan satu acara yang istimewa kepada semua pengunjung festival,” katanya.

Kuching Jazz, atau dahulunya dikenali sebagai Kuching Waterfront Jazz Festival, mula dianjurkan pada 2017 oleh Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak sebagai platform memupuk dan memberi inspirasi serta pendedahan kepada bakat muzik tempatan, dengan membawa artis antarabangsa ke sini untuk membuat persembahan bersama-sama mereka.

Maklumat lanjut dan tiket boleh didapati pada laman Facebook dan Instagram rasmi Kuching Jazz serta laman web www.kuchingjazz.com. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan