Search
Close this search box.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata kesesakan tersebut menimbulkan keadaan tidak selesa orang ramai yang ingin berurusan di kaunter jabatan tersebut. Foto: TVS
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata kesesakan tersebut menimbulkan keadaan tidak selesa orang ramai yang ingin berurusan di kaunter jabatan tersebut. Foto: TVS

Jabatan Imigresen Limbang digesa selesai isu kesesakan di kaunter

LIMBANG, 2 Sept : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diminta untuk segera menangani isu kesesakan di kaunternya di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, keadaan itu menyebabkan orang ramai yang berurusan di situ berasa tidak selesa.

Ujarnya, situasi berkenaan dikesan berlaku sejak 1 Ogos lepas selepas pembukaan sempadan Brunei yang menyaksikan peningkatan kemasukan pengunjung dari Limbang dan Lawas serta negara jiran.

“Ini seterusnya menyebabkan kesesakan ketara di JIM dan mereka yang terkesan merupakan rakyat Malaysia yang ingin memperbaharui pasport,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas hadir pada Program Sambutan Hari Kebangsaan 2022 anjuran Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) Cawangan Bukit Kota di Kampung Gadong.

Yang turut hadir, Walikota Majlis Daerah Limbang, Kaunselor Sufian Mohat.

Sementara itu, Dr Abdul Rahman berkata, beliau turut menerima aduan daripada orang ramai yang terpaksa membayar menggunakan kad kredit dan debit selepas mendapatkan perkhidmatan di situ.

“Keadaan ini telah menimbulkan kesukaran khususnya bagi warga emas dan penduduk di pedalaman,”katanya.

Beliau menyarankan agar polisi itu dikaji semula kerana masih terdapat golongan rakyat di situ yang selesa membuat pembayaran secara tunai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan