Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, komitmen daripada semua pihak kepada sesebuah institusi pendidikan adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang pelajar seterusnya akan melahirkan modal insan yang bermutu tinggi dalam industri kerja masa kini.

Komitmen semua pihak perlu untuk bentuk modal insan bermutu tinggi

BETONG, 2 Sept : Komitmen semua pihak diperlukan untuk melahirkan pelajar dan modal insan yang berjaya.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Datuk Gerald Rentap Jabu berkata, komitmen daripada semua pihak kepada sesebuah institusi pendidikan adalah amat penting bagi menjamin kejayaan seseorang pelajar seterusnya akan melahirkan modal insan yang bermutu tinggi dalam industri kerja masa kini.

“Komitmen daripada semua pihak termasuk para ibu bapa pelajar selain warga pendidik amat diperlukan.

“ini penting bagi menghasilkan pelajar yang cemerlang seterusnya akan berjaya juga melahirkan modal insan yang bermutu tinggi suatu masa nanti.

“Ini juga sejajar dengan inspirasi Kerajaan Sarawak untuk melahirkan lebih ramai tenaga pekerja dalam industri STEM bagi mencapai negeri maju pada 2030,” katanya.

Beliau yang juga ADUN Layar berkata demikian semasa berucap mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada Majlis Apresiasi Kecemerlangan SPM 2021 MRSM Betong yang berlangsung di Dewan Gemilang MRSM Betong pada Khamis.

Pada majlis yang sama, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut mengagihkan peruntukkan sebanyak RM 30,000 kepada Badan Muafakat MRSM Betong.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Dr Richard Rapu, Timbalan Residen Bahagian Betong, Mahra Salleh, Pengetua MRSM Betong, Ramlah Salleh dan Yang Dipertua Badan Muafakat MRSM Betong, Henry Jugah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan