Search
Close this search box.
Sebuah premis di Sungai Nibong di sini yang menawarkan servis pelacuran dengan berselindung di sebalik perkhidmatan salun rambut terbongkar apabila diserbu oleh pihak berkuasa semalam. Foto TVS.

Salun rambut tawar servis pelacuran diserbu pihak berkuasa

GEORGETOWN, 8 Sept: Sebuah premis di Sungai Nibong di sini yang menawarkan servis persundalan dengan berselindung di sebalik perkhidmatan salun rambut terbongkar apabila diserbu oleh pihak berkuasa semalam.

Ops Noda (Pelacuran) kira-kira pukul 6.30 petang itu membabitkan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.

Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V. Saravanan berkata,pihaknya menahan 12 individu termasuk seorang pelanggan lelaki ketika serbuan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua yang ditahan merupakan warga asing berusia 24 hingga 54 tahun yang didaapti tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah dan menyalahguna pas lawatan sosial.

“Kita turut merampas pelbagai barangan yang disyaki digunakan bagi aktiviti persundalan semasa operasi itu,” katanya pada sidang media di IPD Timur Laut di sini hari ini.

Menurut Saravanan, sindiket berkenaan didapati menggunakan modus operandi dengan manawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan salun rambut dan urut.

“Premis itu mempunyai dua tingkat dengan aras bawah dijadikan pusat urut, manakala salun pula berada di tingkat atas.

“Mengikut buku catatan yang dirampas, kadar bayaran seks yang dikenakan bermula RM50 hingga RM150 mengikut pakej tertentu,” jelas beliau.

Kesemua suspek direman selama tiga hari bermula hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan, Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan