Search
Close this search box.
Foto: TVS

Kadar residivis di Penjara Sarawak antara yang terendah di dunia

SIBU, 20 Sept: : Kadar residivis atau kemasukan banduan berulang di Penjara Sarawak dikategorikan antara yang terendah bukan sahaja di Malaysia malah di kalangan negara-negara lain di seluruh dunia.

Mengikut statistik, kadar residivis di Sarawak adalah pada 98 daripada 100,000 penduduk atau 3.54 peratus bagi Januari hingga Ogos tahun ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah menjelaskan demikian ketika merasmikan Program Outreach Pembebasan Banduan Berlesen (PBSL) Tahun 2022 Jabatan Penjara Malaysia di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC di sini hari ini.

Katanya, pelbagai program bersepadu telah dilaksanakan sejak 2018 termasuk Menangani Isu Dadah dan Substance (MIDS) di peringkat daerah dan negeri ini.

“Koloborasi Jabatan Penjara Sarawak dengan Majlis Pembangunan Sosial (MPS) Sarawak penting untuk mengurangkan residivis (recidivism) dalam kalangan penjenayah yang disabitkan kesalahan di negeri ini.

Menurut beliau, isu penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang telah diberi keutamaan kerana kaitannya dengan isu sosial yang lain seperti jenayah harta benda (antara 40-80 peratus), keganasan rumahtangga (52 peratus), masalah keluarga (10 peratus) dan kehamilan remaja (tiga peratus).

“Mengikut rekod Jabatan Penjara Sarawak, seramai 1,274 banduan telah dipenjarakan untuk aktiviti penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang pada tahun 2021.

“Bagi memberi sokongan pemerkasaan kepada banduan dan bekas banduan, MPS Sarawak telah menerajui beberapa program bersepadu melalui Pusat Sehenti (OSC) untuk menangani isu dadah dan bahan terlarang di peringkat daerah dan negeri ini mulai Ogos 2018,” kata Fatimah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Dalat.

Mengenai PBSL, katanya, ia memberi banduan peluang kedua dan juga keistimewaan yang diberikan kepada banduan yang layak atas alasan-alasan seperti merapatkan hubungan kekeluargaan, mencari peluang pekerjaan, perancangan masa depan dan lain-lain perkara yang difikirkan wajar oleh Komisioner Jeneral Penjara.

“Selain itu. PBSL, bertujuan untuk mengurangkan kesesakan di penjara dan memberi pelepasan kepada banduan untuk menjalani hukuman pemenjaraan di luar batasan penjara dan mengikuti program pemulihan komuniti.

“Saya yakin kejayaan program seumpama ini adalah disebabkan oleh keberkesanan program pemulihan yang dijalankan baik di dalam atau di luar penjara yang telah memberi kesedaran dan keinsafan kepada banduan untuk berubah dan menghargai pengorbanan keluarga mereka selari hasrat penjara sebagai Pusat Pembangunan Peradaban Budaya Kemanusiaan,” tambah beliau.

Turut hadir ialah Pengarah Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia Ajidin Salleh dan Pengarah Jabatan Penjara Sarawak, Mohd Andri Ridzwan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan

No data was found