Search
Close this search box.
Dr Zuraidi (tiga kiri) mengadakan kunjungan hormat kepada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di pejabatnya di DUN Sarawak pada Jumaat. Foto: TVS

J-KOM, UKAS jalin kerjasama salur maklumat, agenda pembangunan kerajaan

 

KUCHING, 30 Sept : Jabatan Komunikasi (J-KOM) Jabatan Perdana Menteri akan bekerjasama dengan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) bagi menyalurkan maklumat tepat mengenai agenda pembangunan kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan, kata Datuk Abdullah Saidol.

Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Komunikasi, Penerangan Dan UKAS) berkata, sinergi itu penting untuk memastikan perancangan kerajaan negeri dan kerajaan pusat dapat diselaraskan sekaligus mengelak percanggahan.

“Pada masa sama, dalam konteks Keluarga Sarawak, kita menjaga kepentingan dan hak (Sarawak) namun memerlukan persefahaman di peringkat Kerajaan Persekutuan.

“Di sinilah saya melihat  J-KOM dapat memainkan peranan mereka supaya isu tuntutan hak dan kepentingan Sarawak ini tidak disalaherti,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjung hormat bertemu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di sini hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Dr Zuraidi Ishak.

Asas kepada kesefahaman berkenaan jelas Abdullah adalah kerana Sarawak masih mahu dalam berada dalam Keluarga Malaysia.

”Kita tidak mahu ada pihak tertentu mengambil kesempatan menggunakan isu ini bagi mengelirukan dan menyebabkan hubungan Sarawak dan Kerajaan Persekutuan menjadi keruh,” katanya.

Sementara itu Zuraidi berkata, peranan jabatan itu tidak jauh beza dengan yang dilaksanakan oleh UKAS.

Malah katanya, penubuhan J-KOM sejak lebih setahun lalu katanya bertujuan melahirkan generasi masyarakat berilmu, berkemahiran digital dan berjiwa patriotik.

”Ketika pertemuan bersama Premier Sarawak, beliau menyuarakan bahawa terlalu banyak agensi wujud namun memainkan peranan sama.

“Jadi saya mencadangkan untuk bekerjasama dengan Kerajaan Sarawak iaitu  JKOM dan UKAS disatukan membabitkan matlamat dan jangan bercanggah demi kepentingan Sarawak dan kerajaan pusat,”katanya.

Sementara itu, dalam pertemuan selama hampir 30 minit itu, Zuraidi memaklumkan kepada Abang Johari mengenai kehadiran J-KOM ke Sarawak selain menerangkan fungsi dan peranan jabatan itu dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat di negara ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan