Search
Close this search box.
Ketua Pergerakan Pemuda GPS, Miro Simuh. Foto TVS.

GPS berjaya kembalikan MA63 yang ‘dilupakan’

ByAdlina Rahman

KUCHING, 10 Okt : Sokongan berterusan yang diberikan kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) penting bagi memastikan hak Sarawak terus terbela, kata Miro Simuh.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda GPS berkata, kerjasama di kalangan parti – parti tempatan yang membentuk GPS telah menunjukkan sinar yang cerah apabila berjaya menuntut hak – hak Sarawak dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) yang sebelum ini diabaikan.

“Ini membuktikan bahawa GPS berjuang untuk Sarawak.

“Sebab itulah slogan kita ialah Utamakan Sarawak kerana perjuangan GPS merupakan perjuangan Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi TVS hari ini susulan pengumuman pembubaran parlimen oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong,  Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Sementara itu, mengulas mengenai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), Miro yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu berkata, Pergerakan Pemuda GPS akan memperkemaskan gerak kerja mereka walaupun telah membuat persiapan awal.

“Melihat kepada kemenangan GPS dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) Sarawak pada hujung tahun lepas, saya yakin GPS akan mendapat sokongan rakyat,” katanya.

Katanya, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dann GPS ketika ini tidak berdepan masalah dan berharap agar rakyat Sarawak terus memberikan sokongan padu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan