Search
Close this search box.
Majlis Sumbangan Amal Deepavali 2022 anjuran Persatuan India Kuching (IAK) yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang hadir pada Majlis Sumbangan Amal Deepavali 2022 anjuran Persatuan India Kuching (IAK), di sini hari ini. Foto TVS.

60 keluarga di Kuching terima sumbangan sempena perayaan Deepavali

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 15 Okt : Sebanyak 60 keluarga menerima bantuan sempena Majlis Sumbangan Amal Deepavali 2022 anjuran Persatuan India Kuching (IAK), hari ini.

Bagi seorang pekerja swasta, Puspa Devi, 63, dia meluahkan rasa syukur dengan sumbangan yang diberikan kepadanya.

“Saya rasa gembira kerana mendapat bantuan untuk perayaan Deepavali tahun ini.

“Hilanglah sedikit kesedihan kerana suami baharu meninggal dunia,” katanya.

Bagi Rani Rajamanikan, 51, yang merupakan seorang ibu tunggal pula, dia juga amat bersyukur kerana ada pihak yang ambil peduli.

“Barangan yang diberikan itu sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesusahan saya.

“Sebenarnya persatuan ini memberikan sumbangan menjelang Deepavali pada setiap tahun,”katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang yang turut hadir berkata, semangat perpaduan dan kerjasama yang diamalkan membolehkan rakyat di Sarawak hidup dalam suasana aman dan sejahtera.

“Inilah keistimewaan kita di sini  walaupun terdiri daripada pelbagai kaum, agama, bahasa dan budaya.

“Secara realitinya, kita telah berjaya membuktikan kepada dunia bahawa perpaduan dalam kepelbagaian adalah kunci kejayaan,” katanya.

Pada majlis itu, para penerima diserahkan barangan seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum dan bantuan wang tunai. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan