Search
Close this search box.
Ketua Cawangan KPDNHEP Miri, Joe Azmi Jamil berkata, operasi bersepadu itu dijalankan susulan satu hantaran atau 'posting' berhubung aktiviti penyelewengan minyak diesel di sebuah stesen minyak yang disiarkan dalam satu halaman komuniti di Facebook pada Jumaat. Foto: KPDNHEP Miri

Maklumat ‘netizen’ Miri bantu tumpaskan kegiatan seludup diesel puluhan ribu

MIRI, 22 Okt : Maklumat dikongsi ‘netizen’ berjaya membantu pihak berkuasa menumpaskan kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi mencecah puluhan ribu ringgit.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Miri, Joe Azmi Jamil berkata, bertindak atas maklumat itu, anggotanya bersama Pasukan Gerakan Am (PGA) Miri menyerbu sebuah stor di Jalan Krokop semalam.

Menurutnya, serbuan pada pukul 11.40 pagi itu menemukan minyak diesel yang disorok di situ.

“Seramai empat lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dengan kegiatan haram itu turut diberkas,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Joe Azmi berkata, operasi bersepadu itu dijalankan susulan satu hantaran di halaman komuniti Facebook berhubung aktiviti penyelewengan minyak diesel di sebuah stesen minyak di bandar raya ini.

Beliau memberitahu, minyak diesel bersubsidi itu dipercayai akan dijual kepada pengguna industri.

“Siasatan mendapati premis tersebut tidak memiliki dokumen kebenaran menyimpan sebanyak 12,800 liter  minyak diesel yang dianggarkan bernilai RM27 520 itu,”ujarnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan