Search
Close this search box.
Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui pemberita pada Majlis Angkat Sumpah Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak di Kuching, hari ini. Foto: Awang Azmil

Yang penting kuasa, bukan jawatan – Nanta

ByHafeezzur Muzamir

KUCHING, 25 Okt: Sambil menyambut baik saranan mewujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Sarawak dan Sabah, Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) Dato Sri Alexander Nanta Linggi menegaskan portfolio utama dalam kabinet Persekutuan lebih penting berbanding jawatan berkenaan tanpa kuasa.

Beliau menegaskan lagi kuasa kementerian berportfolio penting adalah lebih penting berbanding jawatan.

“Kalau kita di kementerian-kementerian tertentu (portfolio penting) seperti sedia ada sekarang ini dan juga peruntukan diberikan serta projek-projek pembangunan diluluskan, itu mungkin lebih penting dari jawatan,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Angkat Sumpah Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak di sini, hari ini.

Bagaimanapun Nanta yang juga mantan Ahli Parlimen Kapit berkata GPS kini memberi tumpuan penuh untuk memenangi 31 kerusi Parlimen di Sarawak.

“Kita sambut baik cadangan itu tetapi buat masa sekarang biarlah kita menang dulu, sebelum ni Premier dah buat kenyataan jadi kita ikut kenyataan itu dulu,“ katanya.

Sementara itu, ditanya keperluan untuk memasukkan saranan jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Sarawak dan Sabah, beliau berkata terpulang kepada pemimpin gabungan itu untuk menentukannya.

Sebelum ini Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyambut baik cadangan untuk melantik TPM dari Sabah atau Sarawak, namun beliau berharap agar jawatan berkenaan diberikan bersama kuasa sebenar dan bukan hanya sekadar jawatan bersifat istiadat sahaja.

Majlis angkat sumpah itu diadakan di hadapan Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Ia turut dihadiri Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar dan Ketua Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Fazzrudin Abdul Rahman.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan