Search
Close this search box.
Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dalam satu kenyataan berkata semua pihak harus menghormati keputusan pilihan raya dan pemilihan Perdana Menteri yang akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan hati terbuka. Foto: MCMC

Jangan bangkitkan sentimen kebencian, provokasi

ByNur Suhaida Muliyono

CYBERJAYA, 22 Nov: Orang ramai diingatkan untuk berhemah serta menjauhkan diri daripada memberikan pandangan berbaur kebencian membabitkan kaum dan agama.

Pengerusi Interim Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dalam satu kenyataan berkata, semua pihak harus menghormati keputusan pilihan raya dan pemilihan Perdana Menteri yang akan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong dengan hati terbuka.

“MCMC akan terus membuat pemantauan bagi membendung penyebaran maklumat yang tidak sahih serta kenyataan bersifat jelik membabitkan unsur 3R, iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race),” tegasnya.

Tambah Mohamad Salim, sebarang perkongsian kandungan bersifat palsu, jelik dan mengancam merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Sabit kesalahan boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali,” jelasnya.

MCMC akan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat mengikut peruntukan undang-undang, berdasarkan aduan daripada orang awam.

Orang ramai dikehendaki melaporkan insiden atau kandungan bersifat hasutan, provokasi atau penghinaan kepada MCMC melalui portal Aduan MCMC di pautan https://aduan.skmm.gov.my/ atau melaporkan berita palsu melalui pautan https://sebenarnya.my/salur/ . – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan