Search
Close this search box.
Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah pada majlis serah terima tugas Setiausaha Tetap Kementerian di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datu Hii Chang Kee, Datu Sherinna Hussaini, Nancy Jolhi dan Morshidi Frederick. Foto: TVS

Sherinna dan Morshidi dilantik sebagai Setiausaha Tetap Kementerian

ByRegina Lee

KUCHING, 30 Dis: Datu Sherinna Hussaini yang sebelum ini merupakan Residen Kuching menggantikan Datu Hii Chang Kee sebagai Setiausaha Tetap, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan.

Majlis serah terima tugas itu disaksikan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah di sini, hari ini.

Chang Kee akan berpindah ke Jabatan Premier Sarawak.

Beliau memulakan karier dalam perkhidmatan awam Sarawak di Majlis Perbandaran Sibu pada 1992.

Abdul Karim turut menyaksikan serah tugas antara Nancy Jolhi dan Morshidi Frederick bagi jawatan Setiausaha Tetap, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan.

Nancy yang sebelum ini merupakan pemangku jawatan itu akan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Muzium, manakala Morshidi sebelum ini adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Perbadanan Sukan Sarawak.

Pertukaran jawatan tersebut akan berkuat kuasa pada 3 Januari 2023.

Dalam pada itu, Abdul Karim mengalu-alukan pelantikan dua Setiausaha Tetap baharu dan menyatakan penghargaan atas khidmat diberikan Chang Kee dan Nancy ketika menggalas tugas itu.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pelancongan Sarawak, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Snowdan Lawan dan Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Usahawan Sarawak, (Pembangunan Usahawan) Dr Ripin Lamat. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan