Search
Close this search box.
Gambar hiasan.

Pelabur asing mulakan minggu pertama 2023 dengan belian bersih ekuiti RM72.3 juta

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Jan: Pelabur asing memulakan minggu pertama 2023 dengan mencatatkan belian bersih ekuiti Malaysia berjumlah sehingga RM72.3 juta berbanding jualan bersih RM204.6 juta pada minggu terakhir 2022, kata MIDF Research.

Dagangan di Bursa Malaysia pada minggu pertama 2023 adalah lebih singkat berikutan cuti gantian Tahun Baharu pada Isnin.

Seperti bursa serantau Asia Tenggara yang lain, tarikan aliran masuk asing ke Malaysia mungkin disebabkan oleh sentimen positif dan rangsangan daripada pembukaan semula China.

Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyatakan keputusan mengenai kadar faedah adalah hak mutlak Bank Negara yang mana kerajaan tidak akan campur tangan, satu langkah yang menaikkan keyakinan pelabur.

Menurut Laporan Aliran Dana MIDF Research untuk minggu berakhir 6 Jan 2023, ia menyatakan jualan bersih pelabur asing berjumlah RM32.3 juta dan RM22.6 juta pada Selasa dan Rabu sebelum meningkat kepada RM86.6 juta dan RM40.6 juta, masing-masing pada Khamis dan Jumaat.

“Tiga sektor teratas yang menyaksikan aliran masuk bersih oleh pelabur asing minggu lepas ialah perkhidmatan kewangan (RM99.2 juta), pembinaan (RM11.1) juta dan tenaga (RM5.3 juta),” kata firma penyelidikan itu.

Sementara itu, tiga sektor terbawah dengan aliran keluar bersih ialah perladangan RM15.9 juta, telekomunikasi dan media (RM13.8 juta) dan utiliti RM6.7 juta.

Institusi tempatan menjadi penjual bersih untuk minggu berkenaan dengan jualan bersih sebanyak RM124.4 juta.

Mereka memulakan belian bersih mingguan RM19.2 juta pada Selasa, sebelum merekodkan jualan bersih pada Rabu, Khamis dan Jumaat, masing-masing bernilai RM6.1 juta, RM91.9 juta dan RM45.6 juta.

Peruncit tempatan kekal paling optimistik, mencatatkan belian bersih setiap hari, berjumlah RM52.1 juta untuk minggu itu.

Belian bersih mereka berjumlah RM13.1 juta pada Selasa, RM28.7 juta pada Rabu, RM5.3 juta pada Khamis dan RM5.0 juta pada Jumaat.

Dari segi penyertaan, terdapat peningkatan dalam purata jumlah dagangan harian dalam kalangan pelabur runcit sebanyak 0.8 peratus manakala penurunan dicatatkan dalam kalangan institusi tempatan dan pelabur asing, masing-masin sebanyak 17.6 peratus dan 19.4 peratus. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan