Search
Close this search box.
ADUN Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh melakukan tinjauan projek di Sibu dan Tanjong Manis semalam. Foto: TVS

Kerajaan serius tangani masalah bekalan air

TANJONG MANIS, 5 Feb: Langkah penyelesaian secara bersepadu bagi mengatasi masalah bekalan air bersih yang dialami penduduk Tanjong Manis membuktikan kesungguhan dan keikhlasan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang, Datuk Len Talif Salleh berkata, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani perkara itu sebaliknya, melaksanakan pelbagai pendekatan bagi memastikan rakyat mendapat manfaat.

Malah katanya, isu bekalan air Tanjong Manis merupakan perkara penting yang diberi perhatian yang sewajarnya.

“Kita memang mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. Saya sendiri berasal dari kampung ini, sudah pastinya saya akan mengambil berat masalah seperti ini. Jadi apa yang kita minta ialah mana-mana masalah boleh disalurkan menggunakan saluran yang tepat supaya penyelesaian dan tindakan diambil sepenuhnya oleh pihak yang berwajib,” katanya ketika ditemui media selepas melakukan tinjauan projek di Sibu dan Tanjong Manis semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, berharap semua pihak memberikan kerjasama supaya projek yang sedang dilaksanakan kerajaan berjalan dengan sempurna.

Beliau berkata, langkah yang dilaksanakan kerajaan itu pastinya melegakan penduduk bukan sahaja di Tanjong Manis tetapi juga kawasan sekitarnya termasuk Pulau Bruit.

“Saya memohon semua warga di Tanjung Manis atau di Kuala Rajang ini supaya menyampaikan masalah yang dihadapi menggunakan saluran yang tepat. Saya sendiri pergi ke kawasan ini setiap minggu dan saya baharu menerima laporan yang kita mempunyai masalah air dalam bulan yang lepas. Jadi, sebab itu saya memohon Datuk Julaihi Narawi untuk datang supaya kita dapat mendengar, secara khusus dan tepat mengenai perancangan jangka panjang mengenai penyelesaian bekalan air di kawasan ini,” katanya lagi.

Beliau juga optimis projek sedang giat dilaksanakan itu bakal memberi impak besar kepada penduduk dalam tempoh jangka panjang. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan