Search
Close this search box.
Presiden Argentina, Alberto Fernandez melantik bekas menteri pertahanan, Agustin Rossi sebagai perdana menteri baharu. Foto Reuters.

Presiden Argentina lantik Perdana Menteri baharu

ByBernama

MOSCOW, 14 Feb: Presiden Argentina, Alberto Fernandez melantik bekas menteri pertahanan Agustin Rossi sebagai perdana menteri baharu, menurut kenyataan pejabat presiden pada Selasa.

“Dr Alberto Fernandez dan Ketua Staf Juan Manzur bersetuju supaya Juan Manzur kembali ke wilayah Tucuman untuk mengetuai kempen pilihan raya yang akan mempromosi Osvaldo Jaldo untuk jawatan gabenor.

“Untuk itu, Juan Manzur perlu meletakkan jawatan dan mulai 15 Februari, Agustin Rossi akan menjadi ketua Kabinet,” menurut kenyataan itu.

Sputnik melaporkan Rossi, pengarah Agensi Perisikan Persekutuan, akan menjadi perdana menteri ketiga yang berkhidmat dalam kerajaan Fernandez. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan