Search
Close this search box.
Para peserta akan diuji dengan laluan mencabar termasuk anak sungai, kawasan ladang dan hutan di sekitar Serian pada Silabur Ultra Rail 2023 bulan depan. Foto Alphan Sport Event.

Lebih 500 peserta cabar diri sertai larian denai di Serian

ByMuqri Aziz

SERIAN, 16 Feb: Seramai 544 peserta termasuk dari luar negara mengesahkan penyertaan mereka pada acara larian denai, Silabur Ultra Rail 2023 pada 19 Mac depan.

Ketua Unit Sosial Bahagian Serian, Wee Chung Yee berkata, acara berkenaan akan berlangsung di Kampung Lobang Batu, Tebedu dengan menampilkan empat kategori iaitu lapan kilometer (km), 15 km, 30 km dan 60 km.

Katanya, daripada keseluruhan peserta, 40 peratus dari Sarawak manakala selebihnya pelari dari seluruh negara.

“Selain itu acara ini akan turut disertai oleh 100 peserta dari 18 negara antaranya Amerika Syarikat, Australia, Afrika Selatan, Kanada dan beberapa negara Eropah,” katanya pada sidang media acara berkenaan di sini hari ini.

Pegawai Tadbir Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak,Nasir Lariwoo(kiri), Ketua Unit Sosial Bahagian Serian, Wee Chung Yee (tengah) dan penganjur Silabur Ultra Rail 2023, Josh Tan (kanan) hadir pada sidang media acara itu di sini hari ini. Foto Muqri Aziz (TVS).

Menurutnya, larian berkenaan akan menguji kekuatan mental dan fizikal peserta membabitkan laluan berbukit, anak sungai dan kawasan ladang di sekitar Kampung Mayang Kawan, Kampung Lobang Batu, Kampung Enkeroh dan persimpangan Kampung Batu Rekang.

Kawasan gua di Serian akan turut menjadi laluan Silabur Ultra Rail 2023. Foto Alpha Sports Event.

Sementara itu, Chung Yee berharap, acara berkenaan yang dianjurkan kali pertama oleh Alpha Sports Event akan dapat mempromosikan Serian terutamanya Kampung Lobang Batu sebagai tempat wajib dikunjungi oleh pencinta alam semula jadi.

“Penganjur juga berharap agar aktiviti ini dapat dijadikan acara tahunan malah menyasarkan penyertaan antara 800 hingga 1,000 peserta pada tahun depan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan