Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto: Zaim Zharfan (TVS)

Sarawak sasar raih RM15 bilion pendapatan negeri menjelang 2025 – Abang Johari

ByAhmad Burhanuddin

SANTUBONG, 26 Feb: Kerajaan Sarawak menyasarkan mampu meraih pendapatan negeri sebanyak RM15 bilion menjelang tahun 2025, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, kerjasama dengan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak sebagai satu pasukan diperlukan bagi menjayakan tujuan berkenaan melalui matlamat dan idea baharu.

“Bagi mencapai sasaran tersebut, saya menjangkakan kita semua perlu bekerja dengan lebih keras lagi di masa hadapan.

“Saya tidak tahu sama ada kita dapat mencapai sasaran itu ataupun tidak, tetapi masa akan menentukannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penutupan Program Team Building Pejabat Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak Tahun 2023 di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak, Dato Sri Dr Wan Lizozman Wan Omar.

Dalam pada itu, Abang Johari juga memaklumkan, terdapat tiga faktor yang perlu dipatuhi dalam pengurusan kewangan iaitu, penggunaan (consumption), pelaburan (investment) dan simpanan (saving).

“Kalau satu sahaja kesalahan yang dilakukan daripada faktor-faktor tersebut, maka ia mungkin akan mengganggu aliran tunai kita.

“Jika kita benar-benar menjaga ketiga-tiga komponen ini, kita tidak akan muflis, Alhamdulillah, setakat ini, kita sudah mencapai pendapatan negeri sebanyak RM11.9 bilion,” jelasnya.

Sebelum ini, Abang Johari berkata, Sarawak mencatatkan hasil pendapatan sebanyak RM11.9 bilion bagi tahun kewangan 2022 sekali gus melepasi unjuran sebanyak RM10.2 bilion yang disasarkan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan