Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari.

Parlimen: Kerajaan perkasa kebajikan veteran ATM yang hilang upaya

ByAhmad Burhanuddin

KUALA LUMPUR, 22 Mac: Kementerian Pertahanan (MINDEF) sentiasa berusaha untuk memperkasakan agenda kebajikan dan kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terutamanya dalam kalangan penerima pencen hilang upaya.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, MINDEF juga sedang melaksanakan penambahbaikan ke atas faedah hilang upaya dengan mengambil kira pengorbanan anggota veteran ATM semasa dalam perkhidmatan.

Kata beliau, kerajaan turut memahami yang veteran ATM berdepan isu peningkatan kos sara hidup ketika ini.

“Sehubungan itu, Kementerian Pertahanan memberi tumpuan terhadap lima perkara membabitkan kebajikan veteran antaranya kebajikan yang melibatkan pendapatan dan juga sara hidup.

“Aspek kedua adalah kesihatan, ketiga mengenai perumahan, keempat mengenai pendidikan anak-anak,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Khlir Mohd Nor (Perikatan Nasional – Ketereh) yang ingin tahu perancangan untuk penambahbaikan kadar pemberian pencen hilang upaya yang ketika ini diberikan pada anggota yang hilang upaya dari darjah 20 peratus hingga 100 peratus anggota badan.

Tambah Adly, aspek yang terakhir yang sekarang ini menjadi tumpuan pihaknya ialah kaedah untuk memperkasakan ekonomi veteran ATM.

Katanya, kertas cadangan penambahbaikan ini sedang perhalusi dan akan dikemukakan kepada agensi pusat bagi mendapatkan persetujuan berhubung implikasi kewangan kepada cadangan yang dikemukakan.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan