Search
Close this search box.
Ditawan scammer
Akauntan wanita ditipu lebih RM48,500, angkara sindiket peminjam wang tidak wujud. Foto hiasan: TVS.

Mahu pinjam RM20,000 namun berakhir dengan kerugian RM48,560

SIBU, 31 Mac: Hasrat seorang akauntan wanita meminjam RM20,000 tidak kesampaian, malah terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM48,560 selepas diperdaya sindiket peminjam wang tidak wujud dalam talian.

Mangsa berusia 30-an terjerat selepas tertarik dengan tawaran sebuah syarikat pinjaman di satu laman sesawang.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa mendakwa dirinya ditipu oleh seorang suspek yang menyamar sebagai ejen pinjaman wang bank di laman sesawang tersebut.

“Mangsa merupakan seorang akauntan syarikat swasta yang membuat pembayaran berjumlah RM48,560 ke lima akaun bank sebanyak 12 transaksi melalui perbankan internet sejak 28 Mac.

“Kesemua pembayaran tersebut iaitu dokumen perbankan, pendaftaran, yuran pemprosesan dan pembayaran cukai adalah untuk kelulusan segera pinjaman itu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, mangsa turut dijanjikan pulangan wang semula selepas mendapat kelulusan pinjaman.

“Namun selepas membuat semua pembayaran, mangsa masih diminta membuat beberapa pembayaran lagi bagi tujuan pengeluaran semua wang.

“Mangsa yang curiga dan menyedari dirinya telah tertipu kemudian bertindak membuat laporan polis untuk tindakan dan siasat lanjut,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan