Search
Close this search box.
Tidak hanya filem komedi mencuit hati, dokumentari serta program majalah turut dihidangkan menerusi saluran 122 Astro dan MYTV.

Meriahkan Aidilfitri anda dengan sajian program menarik di TVS!

ByTiana Azni

KUCHING, 11 April: Berbaki 10 hari sahaja lagi, Aidilfitri bakal tiba. Bagi menyerikan sambutan tahun ini, TVS bakal menyajikan beberapa program eksklusif untuk tontonan anda di rumah.

Tidak hanya filem komedi mencuit hati, dokumentari serta program majalah turut dihidangkan menerusi saluran 122 Astro dan MYTV.

1. Kamboh Raya

Telemovie baharu ‘Kamboh Raya’ karya produksi tempatan yang bakal menemui kaca televisyen anda pada Raya pertama ini pasti bermakna apabila ditonton bersama keluarga.

Aidilfitri ini pasti terasa ‘kamboh’ , lebih-lebih lagi apabila Bell Ngasri dan Ryan Bakery menjadi antara barisan pelakon di samping Reza Mohammad, Wafa Hisamudin, Chanteq dan Ulat Lat.

Jangan ketinggalan Raya Pertama ini, jam 8.45 malam hanya di TVS!

 

2. Cinta Mini

Telemovie yang mengisahkan tentang cinta tiga segi antara Izzat, Aina dan Syamim.

Izzat merupakan seorang kerdil menaruh perasaan terhadap Aina yang tubuh badan sempurna dan memiliki kehidupan sempurna. Bagi menjayakan impian Izzat, Syamim bersetuju untuk menjadi penasihat.

Siapakah yang mampu menambat hati Aina? Rungkaikan segalanya raya pertama ini, jam 10.30 malam hanya di TVS!

 

3. Tracing Traditions – Hari Raya Aidilfitri

Setiap tradisi mempunyai makna dan signifikan yang tersendiri, tidak kira melalui pakaian, makanan ataupun seni tradisi.

Ikuti Ngektsai, dalam pengembaraannya ke setiap pelusuk bandaraya untuk mempelajari keunikan tradisi Hari Raya di Sarawak agar tidak lapuk dimakan zaman.

Tetapkan temujanji anda bersama Tracing Traditions, edisi Hari Raya Aidilfitri pada 23 April jam 6.15 petang!

 

4. Kubah Borneo 

Menerusi program travelog ini, penonton dapat melihat dengan lebih jelas dan mendalami kisah disebalik pembinaan masjid di Kepulauan Borneo termasuklah Brunei dan Kalimantan.

Bukan itu sahaja, program ini juga bakal memaparkan makanan dan lokasi menarik di setiap daerah untuk anda kunjungi!

Kubah Borneo bakal ditayangkan bermula 23 April ini, setiap Ahad, 12.30 tengah hari. 

 

5. Suntong Tutok

‘Suntong Tutok’ amatlah sinonim dengan bulan Ramadan di Sarawak. Oleh itu, Mail dan Fuad nekad untuk memulakan perniagaan Suntong Tutok yang menjadi kegilaan penduduk kampung biarpun tidak mempunyai pengalaman dalam perniagaan tersebut.

Saksikan telemovie ‘Suntong Tutok’ yang bakal ditayangkan pada 23 April ini, jam 9.45 malam.

 

6. Sewa Untuk Raya

Keluarga Riyan bakal mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran dan meminta Riyan untuk membawa teman wanita. Untuk menjaga air muka sendiri, Riyan memutuskan untuk ‘menyewa’ seorang gadis sebagai teman wanitanya. 

Dapatkah Riyan mengelakkan rahsianya daripada terbongkar? 

Jangan ketinggalan Sewa Untuk Raya, lakonan pelakon tempatan Michelle Lungan, Haziq Fadullah dan Winny Alfred, pada Isnin, 24 April jam 8.45 malam. 

Berikut merupakan antara aneka program yang bakal disajikan oleh TVS menerusi saluran 122 Astro dan MYTV bagi memeriahkan suasana Aidilfitri anda. Ikuti laman sosial kami untuk mendapatkan lebih banyak informasi industri hiburan semasa.  -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan