Search
Close this search box.
Bursa Malaysia. Foto hiasan: Bernama.

LTAT jual 112.56 juta saham Affin Bank kepada entiti Kerajaan Negeri Sarawak

ByBernama

KUALA LUMPUR, 13 April: Affin Bank Bhd mengesahkan yang Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah menjual 112.56 juta saham dalam bank itu kepada Setiausaha Kewangan Negeri Sarawak pada harga RM221.74 juta menerusi transaksi perniagaan secara langsung.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, bank itu berkata ia menjual saham itu, yang mewakili 4.95 peratus daripada jumlah saham terbitan, dengan pertimbangan tunai RM1.97 sesaham.

“Ini bagi menjelaskan artikel media bertajuk ‘LTAT jual lima peratus kepentingan dalam Affin Bank kepada Negeri Sarawak,’ yang disiarkan dalam The Edge Malaysia pada minggu keluaran 3 April hingga 9 April, 2023,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan