Search
Close this search box.
Safiee menyampaikan sumbangan kepada penerima pada Program Ramah Tamah Aidilfitri di Kampung Badong Daro, semalam. Foto: TVS

Tebingan Sungai Iran di Daro bakal jadi pusat reakreasi

MUKAH, 10 Mei: Kampung Badong Daro bakal berubah wajah dengan inisiatif kerajaan menaik taraf tebingan Sungai Iran sebagai pusat rekreasi berikutan lokasi strategik kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad berkata, cadangan pelaksanaan projek terbabit dijangka menelan kos sebanyak RM5 juta bakal dilaksanakan di bawah Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA).

Menurutnya pusat rekreasi itu bukan sahaja menjadi tumpuan orang ramai untuk beriadah bahkan akan menjadi tarikan baharu pengunjung datang ke Daro.

“Usaha ini bakal membuka peluang ekonomi baharu kepada penduduk sekali gus memberi faedah kepada komuniti setempat khususnya penduduk kampung,” katanya pada Majlis Ramah Tamah Aidilfitri di Dewan Bedu Sana, Kampung Badong pada Selasa.

Pada majlis yang sama, beliau juga menyampaikan sumbangan kepada Jawankuasa Pengurusan Surau Darul Ihsan Kampung Badong, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Hijrah Badong.

Safiee turut mengumumkan kelulusan peruntukan untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Badong dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Badong yang keseluruhannya berjumlah RM 30,000.

“Dengan kesempatan ini, suka saya mengumumkan kelulusan projek Transformasi Luar Bandar ( RTP) RM 150,000 untuk naik taraf jalan Kampung Badong,” katanya.

Hadir sama, Pemanca Lau Oi Phen, Penghulu Yusuf Bakeri, Ketua Kaum Kampung Badong Haslimi Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Surau, Abang Shamsurie Abang Wahap dan Yang Dipertua (PIBG) SK Hijrah Badong, Manisah Ayub. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan