Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang ketika menghadiri Unity Run & Ride sempena Sambutan Minggu Perpaduan 2023 di Waterfront Kuching, hari ini. Foto: Aaron Ago Anak Dagang (FB).

Agong perkenan lancar lagu baharu ‘Setia Perpaduan’ esok

ByRegina Lee

KUCHING, 20 Mei: Lagu bertajuk ‘Setia Perpaduan’ yang diilhamkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bakal dilancarkan pada majlis perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2023 Peringkat Kebangsaan, esok.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata perasmian lagu baharu itu antara kemuncak sambutan di Tebingan Kuching yang bermula hari ini hingga 26 Mei kelak.

“Kita akan melancarkan sebuah lagu perpaduan, tajuknya ‘Setia Perpaduan’ yang diilihamkan oleh baginda sendiri telah digubal oleh penyanyi terkenal, Datuk DJ Dave dan penyanyi terkenal tanah air lain.

“Kita juga berharap dapat mencipta rekod paling ramai peserta yang menggunakan pakaian etnik tradisional yang akan berdiri di sepanjang Jambatan Darul Hana, serta mempunyai pameran Rumah Etnik yang teramai,” katanya selepas menyempurnakan acara ‘flag-off’ Kembara Perpaduan Fun Run & Ride 2023 di Waterfront Kuching, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau turut berkata pelbagai program lain turut mewarnai sepanjang berlangsungnya Minggu Perpaduan 2023 di sini.

Dalam pada itu beliau berharap penganjuran Minggu Perpaduan 2023 ini dapat memupuk silaturrahim kesemua etnik di Sarawak.

Terdahulu acara ‘flag-off’ turut dilaksanakan bagi program Kembara Ilmu anjuran Perpustakaan Negara Malaysia yang disertai oleh pelajar institusi pendidikan awam dan swasta yang terpilih.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan