Search
Close this search box.
Simbolik penyerahan bendera negeri Sarawak daripada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha kepada kontijen Sarawak yang akan ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023. Foto: TVS.

MIS bakal bangunkan Pusat Pembangunan al-Quran

KUCHING, 27 Mei: Majlis Islam Sarawak (MIS) kini sedang merancang untuk membangunkan Pusat Pembangunan al-Quran dan Hadis di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, optimis pembangunan pusat tersebut akan memartabatkan pembelajaran al-Quran termasuk terjemahan al-Quran dalam bahasa etnik yang terdapat di Sarawak.

Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha memberi ucapan sewaktu kunjungan hormat oleh kontijen Sarawak yang akan ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023 di Persada Majma’ Tingkat 17, Kuching. Foto: TVS.

“Kita sekarang ini insha-Allah akan membangunkan Pusat Pembangunan al-Quran dan Hadis di negeri Sarawak. Ini dalam proses perbincangan yang unit al-Quran Jabatan Agama akan dinaik taraf.

“Ini adalah salah satu usaha kita untuk mengembangkan pusat ini di mana semua aktiviti tentang al-Quran, pengajian al-Quran, qari dan qariah, tafsir al-Quran, terjemahan al-Quran dalam bahasa-bahasa etnik Sarawak akan digabungkan dalam pusat ini, insh-aAllah.

“Kita berdoa agar harapan kita untuk mewujudkan pusat pembangunan al-Quran di sini menjadi kenyataan. Jadi nanti apa-apa berkaitan tentang al-Quran kita di Sarawak mempunyai satu tempat untuk ditujui termasuk kepada sesiapa yang mahu mempelajari Al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sewaktu kunjungan hormat oleh kontijen Sarawak yang akan ke Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2023 di Persada Majma’ Tingkat 17, Kuching semalam.

Terdahulu, seramai 10 orang ahli rombongan termasuk pegawai pengiring, jurulatih serta lima peserta yang akan berangkat ke Pulau Pinang bagi Majlis Tilawah tersebut yang akan bermula dari 11 Jun hingga 16 Jun 2023 di Arena Butterworth, Pulau Pinang.

Majlis turut menyaksikan simbolik penyerahan bendera negeri Sarawak daripada Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha kepada kontijen Sarawak.

Peserta yang akan bertanding mewakili negeri Sarawak bagi kategori Tilawah ialah Hadi Mohd Sharkawi dan Nur Syakura Mohamad Musa.

Manakala bagi kategori Menghafaz Al-Quran, bagi juzuk 1 hingga 10 untuk kategori lelaki diwakili oleh Muhammad Najdat Arsyad Madzalan Abdul Rahman dan bagi kategori wanita bagi juzuk 1 hingga 10 diwakili oleh Siti Asma’ Adenan manakala bagi juzuk 1 hingga 20 diwakili oleh Nurul Izzah Mukhali. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan