Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berucap pada Majlis Pelancaran Kembara Sarawak Merdeka bersempena dengan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Taman Awam Lawas hari ini. Foto: TVS.

Perdagangan karbon penting bagi redakan perubahan iklim – Abang Johari

ByMuqri Aziz

LAWAS, 28 Mei: Perdagangan karbon di Sarawak sangat penting dalam meredakan perubahan iklim yang sering berlaku di negeri ini, kata Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Perdagangan karbon penting tangani perubahan iklim di Sarawak.

Beliau berkata, Sarawak mempunyai sumber asli yang sedia ada dapat dimanfaatkan bagi menjana tenaga hijau dan boleh diperbaharui selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak ke arah ekonomi baharu.

“Kita sudah ada teknologi baharu yang berupaya menangkap dan menyimpan karbon supaya suhu iklim kita dapat menurun, mana tidaknya musim yang sepatutnya panas menjadi sejuk dan sebaliknya.

“Kita mempunyai kelebihannya dan anak-anak Sarawak kita sendiri boleh menguruskan pelepasan dan penangkapan karbon ini,” katanya di Majlis Pelancaran Kembara Sarawak Merdeka bersempena dengan Sambutan Perayaan 60 Tahun Sarawak Merdeka di Taman Awam Lawas hari ini.

Abang Johari berkata, sambutan itu amat penting kerana ia membolehkan rakyat Sarawak memperingati sejarahnya serta menterjemahkannya dalam membangunkan Sarawak demi kesejahteraan rakyat amnya.

“1963 adalah tahun di mana pemimpin kita ketika itu serta rakyat jelata telah membuat keputusan bersama rakannya untuk dicantumkan sebagai sebuah negara Malaysia. Ia berteraskan kebebasan dan juga persetujuan yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) hasil daripada Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) sebagai landasan untuk kita merdeka.

“Maka British telah mengundur diri. Oleh itu, jajahannya telah tamat dan akhirnya tertubuhlah negara Malaysia pada tahun 1963,” katanya lagi.

Pada majlis itu juga Premier Sarawak merasmikan Konvoi Kembara Sarawak Merdeka yang memulakan jelajahnya merentasi 12 bahagian seluruh Sarawak bermula dari Lawas sehingga Kuching pada 22 Julai kelak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan