Search
Close this search box.
Pelancaran peluru berpandu balistik antara benua Sarmat di medan ujian Plesetsk, Rusia. Foto: AFP.

China ‘tambah’ senjata nuklear ketika ketegangan global memuncak

ByAFP

STOCKHOLM, 12 Jun: Jumlah senjata nuklear di beberapa negara terutamanya China dipercayai meningkat pada tahun lepas.

Pada masa sama, penyelidik mendapati beberapa negara kuasa atom yang lain turut memodenkan aset mereka ketika ketegangan geopolitik semakin meningkat.

Pengarah Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm (SIPRI), Dan Smith berkata, dunia kini semakin menghampiri ‘penghujung’ tempoh jumlah senjata nuklear yang kecil.

“Stok simpanan di negara – negara ini merupakan kepala peledak nuklear yang boleh digunakan,” katanya kepada AFP.

Jumlah keseluruhan kepala peledak nuklear dalam kalangan sembilan kuasa nuklear iaitu Britain, China, Perancis, India, Israel, Korea Utara, Pakistan, Rusia dan Amerika Syarikat turun kepada 12,512 pada awal tahun ini.

Menurut SIPRI, pada awal 2022, jumlah yang dicatatkan ialah sebanyak 12,710.

Daripada jumlah itu, sebanyak 9,576 berada dalam stok ketenteraan untuk kegunaan berpotensi atau lebih 86 daripada tahun sebelumnya.

Kata Smith, China meningkatkan simpanannya daripada 350 kepada 410 kepala peledak.

India, Pakistan dan Korea Utara juga menambah stok simpanan mereka manakala Rusia berkembang pada kadar yang lebih kecil, daripada 4,477 kepada 4,489.

Katanya, kuasa nuklear lain pula didapati mengekalkan saiz senjata mereka.

Rusia dan Amerika Syarikat secara keseluruhan masih mempunyai hampir 90 peratus daripada semua senjata nuklear.

“Gambaran besarnya ialah bilangan kepala peledak nuklear didapati menurun selama lebih 30 tahun, tetapi kami melihat proses itu akan berakhir sekarang,” kata Smith. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan