Search
Close this search box.
Sebelum ini Sarawak Delta Geopark (SDGp) diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan yang keenam sekali gus mengiktiraf polisi pengurusan mampan oleh Kerajaan Sarawak. Foto Firdaus Ismail (TVS).

Kajian lanjut diperlukan sebelum Sarawak Delta Geopark dihantar untuk pengiktirafan UNESCO

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 18 Jun: Sarawak perlu meluaskan kajian bagi merealisasikan hasrat supaya Sarawak Delta Geopark (SDGp) diiktiraf sebagai Geopark Global oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Penganalisis Sosiopolitik Universiti Malaya, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, kajian lanjut diperlukan untuk kerajaan negeri memahami dengan lebih mendalam berhubung syarat dan keperluan UNESCO sebelum mengiktiraf sesuatu delta sebagai tapak geopark global.

DUN Sarawak: Pengiktirafan SDGp bukti pengurusan mampan dilaksana Sarawak

“Saya berpandangan yang Kerajaan Sarawak perlu mengadakan lawatan ke beberapa kawasan lain untuk melihat contoh pengurusan kawasan delta.

“Lawatan ini boleh dilakukan di geopark lain di Malaysia seperti di Langkawi atau Kota Kinabalu yang sudah diiktiraf oleh UNESCO,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas lawatan Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan ke Pulau Jeju Geopark, Korea Selatan baru – baru ini.

DUN Sarawak: Pengiktirafan SDGp bukti pengurusan mampan dilaksana Sarawak

Awang Tengah berkata, Sarawak akan menjadikan Geopark Global Pulau Jeju itu sebagai platform untuk belajar, berkongsi dan menimba pengalaman selain sebagai persediaan ke arah menjadikan SDGp diiktiraf UNESCO di bawah kategori sama.

Mengenai lawatan pemimpin Sarawak ke tapak geopark di Korea Selatan, Awang Azman berkata langkah berkenaan wajar kerana negara itu turut mempunyai empat delta yang telah menerima pengiktirafan UNESCO.

“ (Wakil) kerajaan (Sarawak) juga perlu memanjangkan lawatan mereka ke tapak geopark UNESCO lain di Korea Selatan seperti Cheongsong, Hantangang River dan Mudeungsan.

“(Jika di negara jiran) yang paling dekat (tapak geopark) ialah di Indonesia,” kata beliau.

DUN Sarawak: Pengiktirafan SDGp bukti pengurusan mampan dilaksana Sarawak

Sementara itu ditanya mengenai potensi Sarawak untuk mendapat pengiktirafan UNESCO untuk lembah deltanya, Awang Azman berkata, Sarawak mempunyai peluang berdasarkan keistimewaan alam yang dimilikinya.

“Kedudukan Sarawak adalah sebagai jantung kepada alam sekitar dan dilihat oleh negara luar sebagai hutan hijau dunia,” katanya.

Justeru Dr Awang Azman percaya menerusi pengiktirafan berkenaan kelak, ianya akan dapat memberi nilai tambah dalam sosial ekonomi yang lebih kepada mesra alam selain menyumbang kepada peningkatan pelancongan negeri.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan